Friday, 4 January 2013

Bahaya!!! Ulat Gonggok Boleh Mencederakan

'Ulat gonggok' atau kereta api merah nama samarannya adalah serangga kecil yang berwarna merah dan mempunyai banyak kaki2 kecil yag halus. Serangga ini banyak terdapat didalam hutan dan di beberapa keadaan alam sekitar sahaja. Namun terdapat bahayanya di sebalik serangga pendiam ini. 

          Seorang kanak2 tujuh tahun telah menjadi mangsa kepada serangga ini. Ketika kejadian, kanak2 tersebut sedang tidur, di ketahui serangga berkenaan telah merayap melalui rambut kanak2 tersebut lalu naik ke bahagian atas mukanya. Apabila serangga berkenaan melalui bahagian kelopak atas matanya, kanak2 tersebut terjaga dan berasa tidak selesa dengan mata kanannya. Lalu memanggil bapanya dan kemudian di bawa ke sinki untuk dicuci bahagian mata kanak2 tersebut. Akan tetapi selepas itu, kanak2 tersebut menangis kerana sakit di bahagian matanya. Bapa dan ibunya kemudian menyapu ubat pada kelopak mata anaknya itu, tetapi anaknya tidak boleh tidur pada malam tersebut kerana sakit.

          Keesokkan harinya, ibunya terkejut kerana kelopak mata kanan anak bongsunya itu membengkak lalu bergegas membawa anaknya ke klinik. Anaknya memberitahu doktor bahawa ulat gonggok telah menggigit kelopak matanya ketika sedang tidur. Hasil pemeriksaan, doktor telah mengesahkan kelopak mata kanak2 tersebut memang telah di cederakan oleh ulat gonggok. Tapi tidak diketahui bagaimana ulat gonggok tersebut menyerang. Berkemungkinan ulat gonggok tersebut menggigit, atau mungkin juga kaki halus serangga berkenaan mengandungi sejenis racun yang boleh mencederakan di bahagian kulit manusia yang sensitif. Selepas diberi kan ubat, bengkak di kelopak mata kanak2 tersebut telah beransur surut dan telah meninggalkan parut hitam. Tapi parut berkenaan boleh dihilangkan dengan menyapu sejenis ubat pada parut tersebut. Jadi berhati2 lah anda dengan serangga ini. Kanak2 tadi ialah adik saya sendiri. . . . . . . =)